Thursday 16 February 2012

Tips : Prinsip asas menjaga kulit wajah

Assalamualaikum


Kulit korang bermasalah tak ? Ada Jerawat , jeragat ,bintik hitam..and macam2 lagi masalah lah .Sebagai perempuan ,kita mestilah nak kulit yang putih gebu bersih macam orang korea kan.So yang paling penting kita kena tahu prinsip asas menjaga kulit muka.




1. Amalkan rutin cucian yang lengkap setiap hari. 
    Membersihkan muka , pakai toner and sapu moisturizer.


2. Toner penting untuk menutup liang roma kulit supaya moisturizer                                         tak tersumbat dan terjadinya pimples yang annoying.Untuk kulit yang berminyak memang penting guna toner ni.


3. Lindungi kulit daripada cahaya matahari.Pakai krim pelindung matahari bila perlu.Pelindung matahari perlu disapu selepas 2 hingga 3 jam if korang still buat aktiviti kat tengah panas or kat luar.Selalunya kita guna sunblock or sunscreen lah kan.


4. Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata.Ia boleh mengurangkan masalah keradangan  pada kulit mata yang nipis dan sensitif.


5. Elakkan mencuci muka dengan air panas sebab boleh mengeringkan kulit.


6. Gunakan minyak baby untuk mengatasi masalah kulit kering.


7. Kalau kulit korang jenis berminyak, jangan guna moisturizer.


8. Bagi kulit yang sensitif,elakkan menggunakan pencuci muka yang mengandungi haruman atau pewarna kerana boleh menyebabkan radang kulit.


9. Amalkan makanan seimbang,Yang ni memang dah biasa kita dengar.Kalau nak sihat,nak cantik, semua kena makan makanan yang seimbang.Kurangkan makanan berminyak dan berlemak,tapi banyakkan makan buah dan sayur.Badan cantik , kulit pun cantik.


10. Bersenam dengan konsisten.Selalunya kita mesti malas nak bersenam,aku pun same.heheh.Tapi dengan bersenam,kita dapat melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit.


11. Tidak merokok kerana bahan2 berbahaya yang terdapat di dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan juga kanser.



12. Last but not least,Banyakkan minum air kosong bagi menambah kelembapan kulit.Kalau korang rajin sapu losyen tapi kulit still kering,maknanya korang kurang minum air lah tu.Lagi satu,air pon boleh kurangkan masalah jerawat sebab air berfungsi membersihkan kulit.


Semua maklumat ni aku dapat daripada majalah-majalah yang aku baca.Saja nak kongsi-kongsi dengan awok-II semua.


Thank you for reading this entry !

Saturday 11 February 2012

Buku : Puisi Untuk Nadina

Assalamualaikum

Aku baru habis baca buku Puisi Untuk Nadina yang ditulis oleh Bahruddin Bekri.Memang best..Aku asek tergelak gelak je baca buku nyh.Kadang - kadang sampai aku tak sanggup nak baca ayat seterusnya sebab dah dapat agak benda memalukan yang terjadi lepas tu.Hahaha =D


Inilah cover buku tu.Actually semua novel Bahruddin Bekri best.Kebanyakannya aku dah baca.Bahasa yang dia guna pun relax-II je.

Watak utama Borhan.Dia ny bukan lelaki handsome.Rambut dia jenis kerinting kembang macam afro tu.Miskin and pelajaran pun tak tinggi.Even dia banyak kekurangan tapi dia baik sangat.Suka tolong orang,hormat and sayang kat mak dia.Aku macam dah jatuh cinta lak dengan watak dia ni.Cerita ni jugak sedarkan aku yang kita tak sepatutnya pandang rupa semata-mata.Yang penting ialah hati.Cewahh..

Nadina ke Nadia ? hehe..Nadina ni pulak anak Tan Sri,cantik and pandai.Cukup pakej lah.Tapi berlagak..Selalu bergaduh dengan Borhan.Kan orang cakap jangan benci sangat pada seseorang nanti jadi sayang.Tu lah yang jadi kat cerita ni.Last-II mereka bercinta.

Ceritanya pun tak adalah jiwang sangat tapi banyak unsur humour.Memang bestlah.Korang cuba try test baca.Mesti puas hati.Thumbs up !
Thank you for reading this entry !

Thursday 9 February 2012

Rupa SNSD Tanpa Mekap

Assalamualaikum

Entry dulu kan aku dah janji nak  tunjuk gambar members SNSD tanpa mekap.Adakah dyeowang still nampak cantik and natural ? Let's check it out. Sekarang aku nak tunjuk gambar Sunny dan Tiffany tanpa mekap yang diambil masa mereka berada berdekatan hotel di USA.

Rupa Sunny dengan mekap :



Rupa Sunny tanpa mekap :


Rupa Tiffany dengan mekap :



Rupa Tiffany tanpa mekap :


Setakat ny,ny jela gambar the latest.Keje paparazzi la ny.Bagi aku dyeorang nampak berbeza giler.Maybe time tu paparazzi snap time side muka dyeorang tak lawa ke,that's why muka dyeorang jadi macam ny.Entahlah..
Apa pendapat korang ? 

Thank you for reading this entry !







Korean Girls Group,SNSD

Assalamualaikum

Korang semua kenal SNSD ataupun Girls Generation tak ? Kumpulan Korea yang famous tuh.Ahlinya semua ada 9 orang and they're so gorgeous,cantik,comel-comel belaka.Sape yang minat Korea maybe kenal lah dyeorang ny.



See ? Really cute right ?

Group leader : Taeyeon..(first picture from left)
Ahli-ahli lain : Yoona , Jessica , Hyoyeon , Tiffany , Seohyun , Sooyoung , Sunny and Yuri
Umur dyeorang ni antara 23 tahun hingga 21 tahun.Still fresh and young.

Aku memang minat group ni.Lagu dyeorang semua best and video Clip mereka so adorable.Antara lagu yang best :
- Gee
- Oh !
- The Boys
- Hoot
and ada lah beberapa lagi..

Aku dengar cerita,dyeorang dah dipilih since remaja lagi untuk masuk group ny.Dekat 7 tahun jugak kena berlatih menyanyi and menari.

Memandangkan aku ni fan dyeorang,saja je nak berkongsi dengan korang semua.Info yang aku tahu pasal dyeorang pun tak banyak. So sape-II yang tahu tu share-II la kat aku ye.hehe

Ermm..tapi2..tapi kan..memang lah nampak dyeorang ny semua cantik,tapi korang dapat bayangkan tak rupa dyeorang ny without mekap ? nak tengok macam mana ? 
See you at next entry .

Thank you for reading this entry !

Wednesday 4 January 2012

COUPLE : kebodohan besar yang tidak disedari

Assalamualaikum

Sekarang kalau kita tengok,Couple ni macam dah jadi satu kewajipan pulak..semua orang nak ada girlfriend / boyfriend,pastu angan - angan pulak terlebih tinggi sampai ke bintang,planet dan cakerawala,berjanji macam-macam,mulut semua cakap yang manis-manis je,kira masa bercinta semuanya indah laa..kentut pon wangi la kira...Tapi kan,korang pernah terpikir tak ape hukum couple dalam islam ?

Cinta luar nikah itu haram sepertimana haramnya hubungan luar nikah,walaupun anda bercouple dalam keadaan berpurdah, bertudung atau berserban untuk menutup kemunafikan anda, Allah tetap tak kan malu dan segan untuk panggang anda dalam api neraka yang pekat hitam dan mengeluarkan isi perut anda dengan besi panas dari neraka, dan cairkan otak anda dengan masukkan cecair hamim dari neraka ke lubang telinga anda, dan hancurkan kepala dan otak anda dengan batu besar dari neraka..

Alasan bodoh pun tidak akan diterima Allah nanti...
Apakah kebodohan yang lebih besar daripada orang yang bercouple atas alasan nak cari jodoh sedangkan Allah telah pun menetapkan siapa jodohnya?

Aku saja nak share dengan korang apa yang aku baca ni,bukan aku nak cakap aku ni pandai atau alim sangat..Tapi bila baca azab Allah pada orang yang buat zina hati ni..sape tak kecut perut bebb..yang kita perlu highlight kat sini,hukum couple dalam Islam haram..

Lagi satu,kalau dah bercinta lama sangat pastu kahwin,kemanisan tu macam dah tak ada,kira macam Allah dah tarik balik nikmat sebuah perkahwinan tu sebab kita dah terlebih dulu guna nikmat tersebut semasa bercouple.

Tanpa kita sedari,menjalinkan satu hubungan berdasarkan syariat Islam lebih terasa keindahan dan kemanisannya berbanding mengikut tunjuk ajar syaitan yang direjam...



Sama samalah kita berdoa semoga Allah mengurniakan jodoh yang soleh dan solehah untuk kita dan semoga cinta kita mendapat rahmatNya..Amiinn

Thank you for reading this entry !
Nadyya