Thursday 16 February 2012

Tips : Prinsip asas menjaga kulit wajah

Assalamualaikum


Kulit korang bermasalah tak ? Ada Jerawat , jeragat ,bintik hitam..and macam2 lagi masalah lah .Sebagai perempuan ,kita mestilah nak kulit yang putih gebu bersih macam orang korea kan.So yang paling penting kita kena tahu prinsip asas menjaga kulit muka.




1. Amalkan rutin cucian yang lengkap setiap hari. 
    Membersihkan muka , pakai toner and sapu moisturizer.


2. Toner penting untuk menutup liang roma kulit supaya moisturizer                                         tak tersumbat dan terjadinya pimples yang annoying.Untuk kulit yang berminyak memang penting guna toner ni.


3. Lindungi kulit daripada cahaya matahari.Pakai krim pelindung matahari bila perlu.Pelindung matahari perlu disapu selepas 2 hingga 3 jam if korang still buat aktiviti kat tengah panas or kat luar.Selalunya kita guna sunblock or sunscreen lah kan.


4. Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata.Ia boleh mengurangkan masalah keradangan  pada kulit mata yang nipis dan sensitif.


5. Elakkan mencuci muka dengan air panas sebab boleh mengeringkan kulit.


6. Gunakan minyak baby untuk mengatasi masalah kulit kering.


7. Kalau kulit korang jenis berminyak, jangan guna moisturizer.


8. Bagi kulit yang sensitif,elakkan menggunakan pencuci muka yang mengandungi haruman atau pewarna kerana boleh menyebabkan radang kulit.


9. Amalkan makanan seimbang,Yang ni memang dah biasa kita dengar.Kalau nak sihat,nak cantik, semua kena makan makanan yang seimbang.Kurangkan makanan berminyak dan berlemak,tapi banyakkan makan buah dan sayur.Badan cantik , kulit pun cantik.


10. Bersenam dengan konsisten.Selalunya kita mesti malas nak bersenam,aku pun same.heheh.Tapi dengan bersenam,kita dapat melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit.


11. Tidak merokok kerana bahan2 berbahaya yang terdapat di dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan juga kanser.



12. Last but not least,Banyakkan minum air kosong bagi menambah kelembapan kulit.Kalau korang rajin sapu losyen tapi kulit still kering,maknanya korang kurang minum air lah tu.Lagi satu,air pon boleh kurangkan masalah jerawat sebab air berfungsi membersihkan kulit.


Semua maklumat ni aku dapat daripada majalah-majalah yang aku baca.Saja nak kongsi-kongsi dengan awok-II semua.


Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment