Wednesday 4 January 2012

COUPLE : kebodohan besar yang tidak disedari

Assalamualaikum

Sekarang kalau kita tengok,Couple ni macam dah jadi satu kewajipan pulak..semua orang nak ada girlfriend / boyfriend,pastu angan - angan pulak terlebih tinggi sampai ke bintang,planet dan cakerawala,berjanji macam-macam,mulut semua cakap yang manis-manis je,kira masa bercinta semuanya indah laa..kentut pon wangi la kira...Tapi kan,korang pernah terpikir tak ape hukum couple dalam islam ?

Cinta luar nikah itu haram sepertimana haramnya hubungan luar nikah,walaupun anda bercouple dalam keadaan berpurdah, bertudung atau berserban untuk menutup kemunafikan anda, Allah tetap tak kan malu dan segan untuk panggang anda dalam api neraka yang pekat hitam dan mengeluarkan isi perut anda dengan besi panas dari neraka, dan cairkan otak anda dengan masukkan cecair hamim dari neraka ke lubang telinga anda, dan hancurkan kepala dan otak anda dengan batu besar dari neraka..

Alasan bodoh pun tidak akan diterima Allah nanti...
Apakah kebodohan yang lebih besar daripada orang yang bercouple atas alasan nak cari jodoh sedangkan Allah telah pun menetapkan siapa jodohnya?

Aku saja nak share dengan korang apa yang aku baca ni,bukan aku nak cakap aku ni pandai atau alim sangat..Tapi bila baca azab Allah pada orang yang buat zina hati ni..sape tak kecut perut bebb..yang kita perlu highlight kat sini,hukum couple dalam Islam haram..

Lagi satu,kalau dah bercinta lama sangat pastu kahwin,kemanisan tu macam dah tak ada,kira macam Allah dah tarik balik nikmat sebuah perkahwinan tu sebab kita dah terlebih dulu guna nikmat tersebut semasa bercouple.

Tanpa kita sedari,menjalinkan satu hubungan berdasarkan syariat Islam lebih terasa keindahan dan kemanisannya berbanding mengikut tunjuk ajar syaitan yang direjam...



Sama samalah kita berdoa semoga Allah mengurniakan jodoh yang soleh dan solehah untuk kita dan semoga cinta kita mendapat rahmatNya..Amiinn

Thank you for reading this entry !
Nadyya

2 comments:

  1. sebab tu aku tak nak cari bf..nak carik laki a.k.a suami terus

    ReplyDelete
  2. yup2..macam to lagi best..hehe

    ReplyDelete